Nahmaduhu wanusalli wanusallim a'la rasulihilkareem...
Disaat Jepun mengharungi detik-detik getir, masih ada yang merasakan mereka wajar dihukum dan sebagainya. Dimana sifat kasihan kita? Lupakah kita tentang hebatnya sayang Baginda kepada ummatnya? Tanpa mengira agama yang ada pada diri mereka.
![]() |
| padan muka! |
Saya sedikit terkilan dengan tajuk sebuah video yang kini hebat disebarkan. Seolah-olah itu lah punca Jepun dilanda Tsunami.
LINK VIDEO "PATUTLAH KENA TSUNAMI!"
Bagi yang malas lihat video tersebut, saya huraikan sedikit isinya. Ia tentang masyarakat Jepun yang membunuh ikan lumba-lumba atau dolphin secara zalim untuk memenuhi hajat perut mereka. Dan apa yang menyedihkan bila ramai yang mengaitkan ini dengan kejadian tsunami di Jepun baru-baru ini. Suka saya analogikan perkara begini. Saya bagi contoh keadaan yang tidak baik. Rumah seorang hamba Allah yang saya namakan Rosli terbakar. Na'uzubillah. Biar-lah ia sekadar analogi atau contoh yang saya beri, tidak menjadi kenyataan kecuali ia ketetapan Illahi.
![]() |
| hangus semuanya~ |
Dalam keadaan rumah Rosli sudah terbakar, kononnya Rosli adalah satu-satunya insan yang terselamat. Pakaian, duit, makanan, semuanya habis terbakar. Dan yang paling tragisnya adalah semua ahli keluarga Rosli telah terkorban dari kejadian tersebut. Pastinya Rosli akan kecewa dan hilang arah. Sedih tak terhingga. Buntu mencari jalan keluar untuk segala masalah. Tambahan pula bila kebakaran itu adalah berpunca dari kesilapan Rosli yang degil bermain api dihalaman rumah. Nah! pastinya Rosli akan merasa diri ini lah yang harusnya dimamah.
Dalam keadaan jiwa anda yang tertekan, dengan penyesalan yang tiada tandingan, telah datang orang-orang kampung untuk melihat dan berikan bantuan. Tiba-tiba, datang Tok Penghulu Kampung kepada Rosli dan kemudian bersuara kepada Rosli yang dalam keadaan sungguh teruk sekali. Ingin memujuk barangkali. "Sabor la ye nak oi...ini semue ketentuan Allah..Anak kene tau, yang ujian ini semuenya dari Illahi..." kata Tok Penghulu. "Isk...isk...isk... tak! tak! ini semua salah saya!" balas Rosli dengan gaya yang sungguh "emo" sekali.
"Eh.. jangan salah diri sendiri...dah nak terbako..nak buat cemane.. ini sume takdir nak.." pujuk Tok Penghulu. "bende ni takkan jadi kalau saya dengar cakap mak dengan ayah saya..." balas Rosli. Tok Penghulu kelihatan terkejut dan terkedu. Perasaan ingin tahu menyelubungi diri nya. "Apa yang kamu dah buat nak oi..." dengan lemah lembut Penghulu bertanya kepada Rosli.
![]() |
| kalau-lah saya bersabar~ |
"Saya degil Tok. Saya tak dengar cakap mak ayah saya supaya jangan main api. Sume takkan jadi kalau saya dengar cakap mak ayah...!" dengan penuh "emo" lagi Rosli menjawab. Dengan tidak semena-mena, Tok Penghulu terus bengis mukanya. Penghulu lantas bersuara lantang, "Ooooooooo... ghoje kamu ghupenye.. Ate, memang patot beno le ghumoh mike terbako... Mike yang degil bebeno.. Ha, padanla dengan muke mike". Maka, orang-orang kampung pun mula menyalahkan Rosli sendiri. Berita disebalik tragedi itu disebar luas. Tentang kedegilan Rosli-lah yang mengorbankan keluarga nya sendiri.
*ghoje = kerja
*ghupenye = rupanya
*beno = benar
*ghumoh = rumah
*mike= kamu
Nah! Barangkali apa agaknya perasaan Rosli disaat-saat begitu. Sudah lah dibebani masalah dan rasa bersalah. Ditambah pula dengan orang disekeliling yang telah marah.
Logiknya, apakah masalah Rosli itu akan selesai dan kian terurai?
Begitu juga dengan keadaan Jepun tika ini. Bukan lah masa yang baik untuk kita menyalahkan perkara lama yang pasti dan pasti ianya salah, tapi ini adalah masa untuk kita bantu mereka memperbaiki kesan dari perkara salah yang telah pun membuatkan mereka rebah.
![]() |
| isbir! (bersabarlah) |
Memang benar apa yang mereka buat itu dilihat sebagai kejam, zalim dan sebagainya. Tapi saya rasa ianya tidak adil jika kita mengatakan itulah punca tsunami membedil Jepun. Dan aya rasa lebih adil jika kita juga dikenakan tsunami kerana kesalahan kita tidak menyampaikan da'wah atau menyampaikan perkara-perkara haq (benar) kepada mereka. Nau'zubillah. (Tidak begitu?)
Membunuh binatang dengan meninggalkan kerja da'wah. Mana lagi berat? Hakikatnya, perkara buruk, zalim, salah, jahat yang wujud diatas muka bumi ini adalah kerana usaha da'wah makin di main main. Tidak dilakukan secara serius.
Adik anda berumur 5 tahun mengambil berus gigi anda untuk mencuci kotoran di lubang jamban yang disuruh oleh anda. Agak2 siapa yang mak atau ayah anda marah jika anda pukul atau menghukum adik anda? Adik anda? anda? atau berus gigi yang menjadi pilihan?
Hakikatnya mereka membunuh binatang untuk makanan harian. Tapi cuma mereka tidak sedar cara mereka itu kasar, zalim dan sebagainya. Siapa lagi kalau bermula dari kita untuk membetulkannya?
Bila setiap dari kita merasakan kerja da'wah ini adalah kerja kita. Agama akan maju semaju2nya. Maka perkara batil pasti akan tunduk dengan sendirinya. Kerana bila dasarnya agama, segalanya akan indah. Termasuklah bagaimana cara untuk mengisi perut.
Jadi, mari kita bangun dengan keadaan sedar bahawa kita ini dimuliakan dengan agama, maka jangan kita cari kemulian selain dari agama. Kerana jika itu yg kita pinta, pasti binasa akan menimpa. Dan ayuh kita semaikan semula kasih sayang mengikut syariat yang sudah kian pudar dalam kalangan manusia hari ini. Seperti dalam lagu dibawah ini. Dengar-lah dan hayati liriknya. ^^,
moga Allah kekalkan hidayah untuk kita semua dan am-kan kepada seluruh manusia di seluruh dunia, hingga hari akhirat. amin ya Rab.
Wallahualam




3 comments:
moga hakikat sayang pada umat masuk dalam hati saya serta umat ini....moga asbab gempa bumi ini manusia dapat kembali kepada Rabb yang memberi mudharat dan manfaat...
@fans of pencinta agama : amin ya Rab. (^_^)terima kasih sudi baca.
(saya tak pernah tau plak yang pencinta agama ada fan~ hehe)
btullah ckp abg asrull...
ape salah org jepun dkt kte sampai kte bleh ckp patutlah mereke kene tsunami..
sbnrnye kte yg bersalah dkt mereke sbb kte xsampaikn kalimah laaillahaillah dkt mereke..
masih ramai lg org jepun xknal islam seperti h.nakata,inamoto,naruto dan juga sakuragi hanamichi..^^
Post a Comment