Pages

Thursday, February 3, 2011

Jangan Gelojoh

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih...

Nahmaduhu wanusalli wanusallim a'la Rasulihilkareem...

Agak2 kalian-lah ya, kalau kita pergi jumpa dengan mat2 rempit, atau mungkin warga2 kaki lima,  lepas tu kita cakap kat dia,

"Eh bro! Islam itu menyeluruh...Islam juga bisa memerintah sebuah negara!..kita mesti jalankan hukum hudud..dan jadikan sistem ekonomi Islam sebagai sistem ekonomi kita! jangan kita terpedaya dengan semua agenda2 barat dan yahudi laknatullah tu..depa suma nak tipu kita..Islam untuk semua! ya untuk kita semua!"

InshaAllah!


apakah respon yg bakal diterima?




Saya rasa, hamba Allah yang di "da'wah" tadi pasti terlopong dan tak tahu apa2. Dan mungkin dia akan tanya semula pada kita, "Hudud? laknatullah? apa tu? model motor baru ka?"


Sabar Dalam Berda'wah.

"Kalau orang tak suka kita sabar, kalau orang suka pun kita kena sabar". 

Itulah cara da'wah yang hikmah. Atau bahasa mudahnya jangan kita "gelojoh" dalam berda'wah. Bila da'wah kita tak disukai. Macam2 alasan diberi. Sampai kita sendiri mati akal untuk memenangi hati. Baik hati kita, juga orang yg kita temui. Lain pula jika orang suka. Semuanya jadi mudah. Nak da'wah apa pun tak kesah. Maka iman yang kuat pun bakal menggantikan yang lemah.

Akan tetapi, sifat gelojoh dalam berda'wah sering berlaku dalam kalangan kita. Inilah silapnya. Terlalu gelojoh untuk sampaikan segala2nya, terutamanya bila mad'u (sasaran da'wah) kita suka dengan da'wah kita. Hingga mad'u (sasaran da'wah) kita jadi meluat ataupun menyampah. Kesannya, apa pun tidak diambil dari apa yang kita sampaikan. Sayang seribu kali sayang.

Terlalu Berat.

Mengajar biologi silibus tingkatan 5 kepada pelajar darjah 5 adalah perkara sia-sia yang pastinya anda semua tahu kesannya. Ia terlalu tinggi buat mereka yang darjah 5. Apa pun mereka takkan terima. Begitu juga menyampaikan perkara yang tinggi dalam agama kepada orang awam yang jauh dari agama. Solat mereka entah kemana. Puasa pula tak tahu apa benda. Zakat hanya pernah nampak di papan tanda. Haji pada mereka hanya untuk mereka yang sudah tua. Kemudian bila datang kita, terus menerus menyampaikan tentang hudud, tentang perjuangan Islam, tentang negara Islam. Ya. Betul tu. Ia memang menjadi impian buat kita semua. Sebuah negara Islam yang mengamalkan segala sistem shariat yang sangat memanfaatkan ummat.

Akan tetapi jangan-lah negara Islam itu hanya pada negara. Biar lah ahli atau rakyatnya juga mengamalkan agama. Barulah amalan itu selari dengan shahadah yang diyakini.

Islam tidak pada nama, tapi pada iman dan amal.


Saya pun tak suka mengulas panjang tentang ini. Akan tetapi saya suka dengan ulasan Prof. Dr Abdul Aziz Bari seorang pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa tentang perjuangan Islam dan negara Islam. Katanya, "Jangan kita terlalu cepat mengajak orang membina negara Islam. Ia terlalu tinggi untuk dikejarkan. Biarlah amal agama ini dulu yang kita betulkan."

Juga kata seorang ulama', Maulana Hasnul, Islam itu terdiri dengan 5 perkara menurut turutan. 1. Iman, 2. Amal, 3. Mua'malat, 4. Mua'sharat, dan akhir sekali 5. Akhlak. Jatuhnya Islam bila jatuhnya akhlak mereka. Tetapi untuk membangunkan semula Islam ini, perlu melalui dari imannya semula.

Sekadar perkongsian dengan harapan bermanfaat buat semua. Wallahua'lam.

4 comments:

khaleeftunggal said...

assalamualaikum...
benar2..tepat sekali..
nak kata ustaz pahrol...
"Islam tu satu gagasan yang besar kita nak junjung..perlu ada asas dan tapak yang kukuh nak tampung gagasan tu.."

tapi sekarang ni maaing2 sibuk nak dapatkan kuasa nak takluk negara dengan harapan dapat ubah sistem yg sedia ada...

bila d tegur bahwa belum tiba masanya selagi rakyat maseh jahil tentang agama...kita pulak d bidasnya dengan berkata..
"kita sudah ada pemimpin yang berkebolehan cuma bagi sedikit ruang tuk ambil alih tampuk pemerintahan"

tambahnya lagi
"kami mengaku pihak kami pun ada kepincangan dan kekurangan namun maseh ade ruang tuk baiki semua tu.."

dalam hati hanya berkata
"kepimpinan sekarang pun sudah2 tentu pun ada kepincangan..kenapa tidak d beri ruang dan peluang tuk atasi kepincangan tu..?"

duduk berbincang d lihat sebagai satu usaha yang sulit serta payah nak d buat walhal masing2 satu akidah...

kat malaysia ni..kalau Melayu naik..konfem2 Islam akan naik...dan kalau Islam naik..konfem2 melayu akan naik..
tapi sekarang dua2 pun tak naik..
Melayu ke mana..Islam ke mana...

wallahualam...

asrulhadi said...

@khaleef tunggal : wasalam wbt.
yup. Dasarnya adalah islam. kerana islam lah yang akan memberi kemulian kepada setiap hal. Melayu menjadi mulia kerana hadir islam disisinya.

kita perlu lebih terbuka tentang perjuangan bangsa. Suka untuk saya kongsikan kata2 pengasas PAS sendiri. Dr burhanuddin al helmy, katanya, "Perjuangan kita (PAS) memperjuangkan melayu diatas jalan Islam yang suci murni."

Kata2 nya adalah contoh da'wah secara hikmah. tidak secara terus dan tidak terlalu gelojoh. sikit2, lama2 islam bangkit! amin. inshaAllah! ^_^ jzkk atas perkongsian dan kesudian.

Melayu said...

Assalamualaikum,

tapi kat Malaysia ni Melayu sudah 52 tahun naik, tapi Islam ntah kemana, Melayu caca marba, ntah kemana.

jadi untuk mengatakan Islam konfem naik kerana melayu itu agak salah (jika saya salah betulkan), sebab Islam tidak memerlukan melayu, tp Melayu itu memerlukan Islam.

Melayu jadi celaka jika tinggal Islam sebagaimana Arab menjadi celaka jika tinggal Islam - Ustaz Hji Abdul Hadi AWang.

Jika melayu meninggalakn Islam, jangan terkejut jika kaum lain, cina Islam, India Islam, Mamak Islam yang akan mempejuangkan Islam.

1. Iman, 2. Amal, 3. Mua'malat, 4. Mua'sharat, dan akhir sekali 5. Akhlak perlu berjalan dengan serentak walaupun tidak sama level. Penekanan itu perlu digerakkan serentak kerana Al Quran itu telah sampai kepada kita secara lengkap dan dibukukan pula.

Sebab itu lah di Kelantan, walaupun hukum Hudud tidak dapat dilaksanakan namun penerangannya perlu dijalankan, bukan kerana tidak dapat dilaksanakan atas sebab kejahilan rakyat, maka tidak perlu diperkatankan. satu.

Kedua, dikelantan, Nik Aziz juga telah telah menarik balik semua wang kerajaan dalam akaun riba dan dimasukkan dalam akaun bank Islam ( ini muamalat ),

dibina maahad tahfiz sains, dan sekolah2 pondok2, diperhebatkan risalah2 agama dan ditonjolkan kepimpinan Islam ( sehingga kini tidak ada rasuah ) dan diiktiraf sebagai kerajaan paling bersih.

maknanya, walaupun tidak dpt buat semua, jangan tinggal semua.

52 tahun sudah cukup dengan korupsi dan penderitaan. Kadang2 kita tidak rasa penderitaan, sebab kita golongan berada..minyak naik 10 sen kita masih boleh terima, tp disana, rakyat miskin..saudara kita, itulah fokusnya.

Afwan,

asrulhadi said...

@anonymous : jazakallah atas perkongsian anda. moga bermanfaat buat smua(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...