Monday, January 18, 2010

TAHAN, TAHAN, TAHAN!

dengan nama ALLAH yg maha Pemurah lagi maha Pengasih...

nahmaduhu wanusalli a'la Rasulihilkareem..

mashaALLAH! lama btul tak di update blog ni...nak dikata sibuk, tak da la sgt, tpi bole lah..apa2 pun, alhamdulillah, ALLAH telah kurniakan sedikit kekuatan utk berkongsi tintaa bersama para shabat pembaca sekalian..

dengan tajuk yg saya paparkan diatas yakni "TAHAN", byk peristiwa terbaru dan terkemudian yg sgt berkait rapat dgn isu tahan ini. Antara yg popularnya, isu mempertahankan kalimah ALLAH utk penggunaan penerbitan akhbar kristian. saya bukan lah ustaz atau ulama' utk menghurai panjang soal isu ini. tambahan pula, isu ini mungkin sudah "basi" utk diperkatakan lagi. namun, ia amat memberi kesan dan akibat kepada ramai individu dan masyarakat. rentetan dari isu mempertahankan kalimah ini, telah berlaku byk tragedi dan peristiwa kurg enak dalam negara. sebagai contohnya kita boleh lihat dari apa yg berlaku di sekolah convent taiping dan gereja yg juga di taiping. ia sgt mencemar byk pihak terutamanya agama ISLAM itu sendiri. namun apa yg lebih menyedihkan, ia menyebabkan perpecahan ummah ISLAM itu sendiri. msing2 mahu menunding jari. tanpa usul periksa dan saksi.

PERISTIWA LAIN

selain isu mempertahankan kalimah ALLAH, suka juga utk saya mengulas sedikit mengenai usaha memperTAHANkan Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah dari diambil alih oleh Kerajaan Pusat. Isu ini mungkin kecil pada pndgn awam, tapi saya lebih suka utk mengulasnya dengan cara lebih global mungkin.

RASIONAL

kita hari ini, mempertahankan byk perkara. dan secara tidak sedar, byk lgi perkara besar yg kita tidak pertahankan sehinggakan ia nya menjadi punca kepada perkara yang kononya kita pertahankan itu ingin dicabuli atau di ambil guna. utk isu mempertahankan sekolah agama kerajaan negeri dari diambil kerajaan pusat, saya sgt terkilan dgn objektif mempertahankannya, iaitu ingin mempertahankan kurikulum al-azhar (i'dadi dan thanawi) yg telah lama di berikan kepada pelajar2 ini. ya! saya sgt sokong dgn usaha tersebut. dan saya sgt sokong objektif asal mempertahankan kurikulum azhar tersebut. tapi yg membuatkan saya sedikit terkilan ialah penahanan tersebut adalah atas dasar imej dan ia(kurikulum azhar tersebut) merupakan sesuatu yg penting dalam pentarbiayahan anak2 pelajar disitu. sekali lagi saya katakan ya benar! ia menjadi aspirasi tarbiyah di bumi SIS dan SERATA... suatu ketika dahulu, tpi adakah ianya masih lagi berpaksi sedemikian rupa? adakah dgn adanya kurikulum al-azhar ini, pelajar SIS dan SERATA merupakan pelajar yg berkualiti tarbiyahnya? itu lah persoalan yg pada saya ia perlu dijelaskan. saya slaku bekas pelajar SIS, akui kurikulum al-azhar itu bermain peranan dalam menambahkan ilmu para pelajar, tpi sjauh mana amalan dari kitab2 tersebut diaplikasikan di dalam dan luar sekolah? adakah ia memberi kesan? adakah berbeza akhlaknya dengan pelajar yg tidak tahu menahu langsung mengenai kurikulum al-azhar ini?

malangnya, ia nya tidak. saya melihat, kurikulum al-azhar di SIS,khususnya (saya tidak pasti di SERATA), hanyalah digunakan sebagai pengisian didalam kelas dan penilaian didalam dewan peperiksaan. itu lah hakikatnya, mungkin ada segelintir pelajar yg memanfaatkannya sebaik mungkin. namun, jika itulah yg berlaku, apa kah bezanya dgn segelintir pelajar bukan aliran agama tetapi masih mampu mengamalkan ISLAM sebaiknya. tidakkah ia nya sama shj? bukanlah saya disini menyokong ambilan alih kerajaan pusat terhadap SIS dan SERATA.dan bukan juga niat saya utk menyokong penyingkitan kurikulum al-azhar, akan tetapi, saya amat yakin, punca kepada berlakunya masalah demikian rupa, adalah kerana tarbiyahnya sendiri kini kian ditinggalkan oleh para pelajar.

ILMU TANPA AMAL

usah kita melakukan kesilapan yg sama di zaman kerajaan abasiyah (seingat saya, betulkan jika tersilap). terlalu obses dalam pengkajian ilmu hukum hakam, berhujah sini sana, tetapi meninggalkan perkara yg amat besar iaitu da'wah. asbab mereka meninggalkan sunnah terbesar itu, ALLAH telah mencampakkan perasaan takut ke atas ummat ISLAM terhadap org bukn ISLAM dan akhirnya ALLAH telah menggantikan kaum yg lain utk membuat kerja da'wah yg ditinggalkan mereka. inilah dia nya tarbiyah yg sepatutnya wujud pada diri dan ummat ISLAM. usah kerana terlalu obses akan ilmu, tanpa amal sebagai iringan.biar sedikit, asalkan kita thabit (tetap@istiqamah) dan itu adalah lebih disukai oleh ALLAH. segala ujian ALLAH itu pasti ada hikmahnya, dan kita dikurniakan akal utk merungkai sebaiknya. ALLAH menguji kita dengan usaha kristian mengelirukan umat ISLAM. kita terus melatah tanpa memikirkan kenapa ALLAH menguji kita sebgitu rupa. kita harus lihat semula kepada diri kita terutamanya. ISLAM diuji begini, kerana da'wah ISLAM masih terlalu lemah di negara kita, kita diuji dgn usaha pencabulan kpd perkara yg suci kerana kita yg sebenarnya kurg menjaga perkara suci tersebut..

moga ALLAH memberi keampunan kepada saya yg mungkin telah melakukan kesilapan dalam tulisan kali ini, juga moga2 ALLAH kurniakan rahmah, inayah, dan hidayah, kepada anda, saya dan ummah seluruhnya. mohon maaf jika terkasar dan tersilap kalam,
wallahua'alam..

Sunday, December 27, 2009

"Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali"


dengan nama ALLAH yg maha Permurah lagi maha Pengasih

nahmaduhu wanusalli 'ala rasulihilkareem

"angah, mai sat!"alang (anak ke-3) memanggil saya terus memberikan "handphone"nya. "cuba hang baca mesej tu". saya terus membaca tanpa mempersoalkan kenapa. lepas selsai baca, baru saya tanya, "kenape? ape yg tak kena?". "hang stuju tak dgn statement tu?" alang kembali menimbulkan tanda tanya kepada saya. "statement yg mne pulak ni??" saya kembali bertanya. "alah, yg buat bek kena pada2 tu, rase cm tak stuju la, tapi tak tau nak ckp cmane...kalau hang cmane?"

NIAT DAN PERSEPSI

Saya tidak mahu mempertikaikan apa jua prinsip seseorg yg mungkin boleh menerima "statement" buat baik berpada2 itu. Cumanya, sebagai seorang muslim, saya kurang setuju dgn persepsi mengenai sesetengah org mengenainya, jika di tafsirkan berpada2 itu dengan waspada dari di pijak kepala atas kebaikan kita. kenapa mesti kita takut dipijak kepala? adakah kerana sememangnya kita ini tersangt mulia? atau mungkin kita telalu tinggi darjatnya utk dipijak kepala? YA, sememangnya ALLAH telah menjadikan manusia itu sebaik2 kejadian (ahsanu taqwim) surah attin95 ayat ke 4. tetapi, ia sebenarnya bukannya soal org akan mengambil kesempatan keatas kebaikan kita, tetapi dimana kita letakkan niat kita dalam melakukan kebaikan. jika dilihat semula sirah Rasulullah saw, baginda bukan sahaja dipijak kepala, malah di di berikan keburukan atas segala kebaikannya. jadi dimanakah letakknya niat kita dalam melakukan sesuatu kebaikan itu? ketahuilah, perasaan takut dipijak kepala atau org ambil kesempatan atas kebaikan itu adalah helah syaitan utk menyemai rasa ego dalam diri kita.

ASBAB HIDAYAH

Bukankan Nabi Muhammad saw, telah pamerkan kepada kita kesan dari berbuat baik kepada semua dalam setiap keadaan dan ketika? bukankah kita juga telah di ajar utk sentiasa bersangka baik dalam setiap apa yg berlaku kepada kita? Bukan sahaja org arab jahiliyah pada ketika itu terkesan dgn akhlak mulia baginda saw, tetapi dunia hari ini sebenarnya mengambil iktibar dari segala akhlak mulia baginda saw. Kita melihat bagaimana pendakyah2 kristian menyampaikan dakyahnya. mereka menggunakan pendekatan kasih sayang dan kesungguhan dalam menyampaikan dan menyebarkan dakyah mereka dan ternyata ianya berkesan. kita juga melihat bagaimana kesannya jika seserang yg berpangkat tinggi merendahkan dirinya, bersama merasai pahit dan susahnya rakyat jelata kian disanjung tinggi oleh manusia sekelilingnya. bukankah semua ini adalah akhlaknya Rasulullah saw? akhlak baik baginda yg tidak kenal siapa, bila dan bagaimana keadaan baginda dan manusia yg ditujunya itu menjadi asbab tersebarnya hidayah ke seluruh alam. bukan shj manusia yg menerima kebaikannya terkesan dgn akhlak baginda, malah manusia yg mendengar serta mengkaji ttg sirahnya juga terkesan dgnnya.

KEBERKESANAN DA'AWAH

Umat Islam hari ini terlalu byk melatah dari berda'wah. hanya tahu mempertikai usaha sama jemaah lain tanpa menyedari diri yg tidak pernah menilai sjauh mana kebenaran pertikaian mereka. ia bukan masalah jemaah ini betul, jemaah itu salah, jemaah itu setengah2 dan macam-macam lagi, tetapi ia mengenai masalah keterbukaan kita dalam menerima atau meraikan usaha2 utk memperbaiki ummah. kita seharusnya bersifat terbuka dalam menilai usaha-usaha yg sebenarnya utk kepentingan ISLAM itu sendiri. harus ada sikap rai meraikan antara satu sama lain dalam mewujudkan keislahan yg tinggi terhadap ummah. kita sebenar, takut dgn bayang2 sendiri. Takut dengan keberkesanan usaha yg kita sedang berpaksi. sebenarnya kita sendiri kurang menyedari perihal ini. kita kian jauh dgn cara yg Baginda saw dalam menyampaikan da'wah. kita lebih cenderung kpd kesan dari usaha kita, daripada kesan dari pertolongan ALLAH. kita terlalu melihat logik dan kesan jarak pendek dalam menyampaikan da'wah, sedangkan kita harus melihat dari aspek caranya Rasulullah saw, dan hidayah itu hanyalah milik ALLAH. kita lupa berjayanya da'wah bukan dengan banyaknya ummah akan tetapi berjayanya da'wah adalah dengan hebatnya islah.

moga hidayah ALLAH dilimpahi keatas anda, saya dan ummah seluruhnya.amin. wallahu'alam.

Wednesday, December 23, 2009

Hati2 Dalam Menerima & Menganalisa Maklumat

dengan nama ALLAH yg maha Pemurah lagi maha Pengasih

nahmaduhu wanusalli wanusallim a'la rasulihilkareem

pemikiran dunia dikuasai media. media mainkan peranan yg cukup besar dan hebat dalam menyampaikan segala bentuk mesej dan pesanan kepada dunia. namun, apa yg menyedihkan kita, ianya menjadi perosak persepsi dunia terhadap sesuatu, terutamanya kepada ISLAM. pelbagai berita, artikel dan entry yg menjadi perosak persepsi dunia terhadap ISLAM. kita boleh melihat sendiri di dada2 akhbar hari ini. tajuk2 yg tertetera di muka akhbar sendiri sgt memberi kesan kepada persepsi dunia. sbgai contoh, (tajuk artikel dalam berita harian24Dis09) "Ulama sokong larangan pakai niqab". ini adalah salah satu bentuk brain wash yg di sematkan dan di asaskan oleh tamadun barat. apakah yg dimaksudkan dgn brainwash? ianya adalah penyampaian maklumat secara besar2an, samada kpd individu, masyarakat atau mungkin dunia.

Antara Pemikiran dan Perbuatan

perbuatan kita lahir dari apa yg kita fikirkan. jika seseorg berpersepsi baik terhadap sesuatu, maka perbuatan yg lahir terhadap sesuatu itu juga pastinya baik. pemikiran memainkan peranan yg sgt penting dalam melahirkan perbuatan yg baik atau sebalik. hari ini pelbagai pemikiran yg kononnya wujud dari kepintaran manusia. namun smua pemikiran yg wujud hari ini tidak perlu diterima oleh kita sebagai seorg yg beragama ISLAM kerana pemikiran yg harus kita terima adalah bgaimana yg telah di anjurkan oleh baginda SAW. pemikiran seperti heidonisme, nationalisme, patriotisme, dan -isme2 yg lain ini, semuanya hanya merosakkan pemikiran ummat bahkan merosakkan ummat itu sendiri. sebagai contohnya, kita boleh lihat melalui pemikiran atau fahaman nationalisme.

Nasionalisme memecahkan ummah!

ideologi ini menerapkan smangat cintakan negara dalam erti kata menjaga hak2 negara dan rakyat2 di negara tersebut. salahkah semangat murni ini di semai? jawapan saya tidak utk semangat ini, tetapi ya utk spesifikasinya. ISLAM menganjurkan penjagaan hak sesama muslim tanpa mengira kawasan, lokaliti, mahupun negara. fahaman ciptaan manusia ini hanya lah antara agenda merosakkan ummah. cuba kita fikirkan semula, bagaimana agaknya penyebaran da'wah ISLAM sehingga sampainya ISLAM kpd kita? pastinya dari kesungguhan para sahabat, tabi', tabi' tabi'in, ulama dan ummah menjelajah ke serata dunia utk menyampaikan kalimah agung tanpa risau memikirkan kos pasport dan perbelanjaan pengangkutan. Jadi, ia jelas menunjukkan terdapat muslihat negatif disebalik slogan2 dan fahaman2 manis yg kononnya menerapkan nilai murni kpd dunia walhal ketahuilah, mereka inilah org2 yg menyempitkan sesuatu yg luas utk kepentingan sendiri. moga ALLAH limpahkan kefahaman dlm agama kpd anda, saya dan ummah seluruhnya. amin.

Sunday, December 20, 2009

Istiqamah Dalam Perjuangan

dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi maha Pengasih...

nahmaduhu wanusalli a'la rasulihilkareem

berjuang tidak senang. berjuang perlukan pengorbanan pelbagai perkara. diri, masa mahu pun harta. itulah sunnah berjuang. Sirah para anbiya yang berjuang di jalan ALLAH sudah jelas menyatakan kpd kita bahawa bukan lah dikatakan perjuangan jika tiada pengorbanan.

SEMANGAT YANG LUNTUR.

pernah rasa putus asa dalam berjuang? pernah kecewa dalam perjuangan? pernah terguris dgn ujian perjuangan? mudah saya katakan bahawa ia nya "YA" utk semua soalan yg tertera sebentar tadi. dengan iman senipis kulit bawang ini, saya akui byk kesilapan dan kelemahan saya dalam berjuang. saya amat akui dan saya menyedari. namun apakah kuasa saya untuk menjadi sempurna? siapalah saya di hadapan NYA utk diberi kemuliaan sehebat Baginda? Kelemahan sememangnya wujud dalam setiap insan bernama manusia. Saya, anda dan semua manusia kecuali Baginda. Tetapi bukanlah dengan alasan "kelemahan" ini, kita putus asa dalam berjuang, bukan dgn alasan "kelemahan" ini, kita menjadi takut utk memperjuangkan akidah yg kita gengami. Hari makin hari, manusia kian disesatkan oleh syaitan dan iblis yg bersifat merosakkan. Namun banyak dari kita (saya terutamanya), yg melihat keadaan ini sebagai perkara biasa yg sudah menjadi lumrah manusia. Manusia membuat maksiat dikaburi dgn alasan ummat akhir zaman. ianya benar, tapi sampai bila kita mahu begini? hanya berdiam diri melihat kerosakan yg berlaku di pelbagai tmpat dan kerosakan ini kian berdarah dan parah. analoginya, luka yg sudah berdarah dan bernanah harus kita sediakan ubatan sebagai asbab penyembuhnya. tapi jika kita hanya membiarkannya tanpa usaha utk menyembuhkannya, luka itu kian akan parah. luka tersebut juga akan memberi kesan kepada kawasan yg lain hatta mungkin organ dalaman yg lain.

ISTIQAMAH

Untuk istiqamah dalam perjuangan sememangnya susah. Tapi semua anda pasti tahu yg ianya bukanlah sstu yg mustahil utk dikecapi. Istiqamah atau berterusan ini adalah sesuatu yg sgt hebat jika sesorg itu boleh kuasai. Ia memerlukan kpd kefahaman yg tinggi terhadap perkara yg dilakukan. Sebagaimana seseorang itu istiqamah dalam amalan, begitu jugalah tingginya kefahaman seseorg itu dalam amalannya. sbg cntoh, kita rasa kagum mendengar kesungguhan para sahabat menyampaikan da'wah ISLAM hingga menitiskan darah, mengorbankan nyawa, keluarga dan harta. Kesungguhan mereka dalam melakukan semua itu adalah kerana fahamnya mereka akan ganjaran yg diperolehi dan fahamnya mereka ttg redha ALLAH itu tinggi. bagaimana kita? kita tahu yg redha ALLAH dan ganjaran ALLAH itu tinggi dan amat bernilai di dunia dan akhirat, tapi kita masih tidak berusaha bagaimana para sahabat berusaha. inilah bezanya faham dan tahu. kita tahu byk perkara, tapi kita tidak faham banyak perkara (terutama saya). utk itulah kita perlu tingkatkan amal dan berikan sbyk mungkin pengorbanan diri, masa dan harta terhadap agama, kerana disebalik pengorbanan itu terdapatnya kefahaman dan kekuatan dalam agama. moga anda, saya dan ummah bisa mengecapinya.amin.wallahu'alam

Sunday, December 6, 2009

Kem Anak Soleh 2009

nahmaduhu wanusalli a'la rasulihilkareem

alhamdulillah! syukur yang tidak terhingga saya panjatkan kepada ALLAH di atas pengizinanNYA kepada saya utk meluangkan sedikit masa cuti ini dengan aktiviti yang inshaALLAH sedikit sebyk bisa meningkatkan iman yg sedia lemah ini. 4,5 dan 6 disember 2009, saya bersama rakan seperjuangan yg sudah kian lama tidak bersama berjuang, kembali berganding utk menjayakan sebuah program motivasi buat kanak2 sekolah rendah. Dengan berbekal ilmu cetek ini, saya hadir sebagai fasilitator dgn niat utk belajar, dan alhamdulillah! byk yg saya pelajari.


CUBA DULU BARU TAU

"bila ko cube, jwpn utk ya dan tidak adalan 50-50, tapi kalau ko xcuba..100% jwpnnye adalah tidak!" kata sahabat merangkap bekas naqib usrah saya di Sekolah Izzuddin Shah dulu [akh Ukasyah]. Disamping ber"program" bersama adik2, saya mengambil peluang ini utk bermuzakarah bersama sahabat2 yg inshaALLAH punyai fikrah sehaluan utk kembali megisi ruang yg kosong dalam hati ini. Dialog di atas adalah sbhgn perkara yg kami bualkan dan pada umumnya benar tapi sbgai mnusia, kita slalu lupa. Rungutan kelemahan sering meghadkan kemampuan kita sebenarnya. kita sendiri yg menghadkan kebolehan kita tanpa kita sedari. saya teringat kata2 seorg sahabat saya, "barat da byk limit kan ilmu..contoh yg kita boleh tgk dgn kewujudan sume princples..mcm Bernouli's principle, boyle's principles dan sume2 tu la..diorg dah menetapkan prinsip2 tu sbg sstu yg tidak akan berubah. maknanya, kalau kejadian yg mirip dgn prinsip tersebut tapi tidak ikut prinsip tersebut, maka ianya mustahil..jadi, kita boleh tgk dari situ yg ilmu ini telah di"limit" kn..". Juga kalau kita lihat dari aspek da'wah. kita (trutama saya) selalu memilih org utk mnyampaikn da'wah atau bermuzakarah ttg agama. Secara tidak langsung,kita sedang menghadkan pengetahuan agama yg sepatutnya tersebar kpd semua. Dengan itu, ia menjadi asbab terbantut hidayah kpd sekalian manusia. sangat menyedihkan bila terdengar suara2 sumbang yg mendoakan keburukan kpd org yg spatutnya diajak dan diberitahu ttg kesalahan yg mereka lakukan. "ish, xpyh la nk nasihat budak ni..die dah xbole buat ape2 dah..smpai kiamat pun xde nye die nk brubah". sudahlah tiada usaha mencuba utk menjelaskan atau memberitahu, menjatuhkan semangat org pula jadi kerja baru. Hadiah doa hidayah pula digantikan pula dgn doa keburukan utk org.

ANAK SOLEH



"adik2 nak jadi anak soleh tak?" saya bertanya pada anak buah kumpulan saya. "NAK!!!" adik2 menjawab. jelas pada wajah mereka ini ada hasrat utk menjadi anak yg soleh. "anak soleh ni mcmane?" saya tanya sambil melihat sorg demi seorg wajah suci adik2 kecil ini. "taat ibu bapa!" taqiuddin bersuara. "slalu buat baik!" anas juga mencuba. begitu juga dgn yg lain. mereka tidak terlepas utk menjawab. cuma 1-2 adik2 yg malu utk bersuara dan mungkin malas utk bersuara. saya mengganguk setuju dan menerangkan pada mereka secara lebih jelas mengenai point2 yg mereka sendir telah berikan. kerana nyata sekali smua point mereka benar.

****************************************************************************************

Jawapan adik2 ini mmg betul. Tapi sedarkah kita smua ini tidak lebih dari jawapan utk soalan subjek pendidikan islam atau subjek akhlak mungkin. adik2 hari ini, hanya didedahkan dgn teori tanpa praktikal yg jelas ttg konsep anak soleh tersebut. mereka tahu isi tapi tidak rasa masam manisnya. itu yg berlaku pada kanak2 hari ini.hanya disajikan dgn pengetahuan hebat dengan amalan kosong dan kesan yg sudah pasti tidak menjelma.

APA USAHA SAYA?

Dengan kesedaran yg sedikit ini, saya berusaha utk memperbaiki kerosakan yg telah berlaku terhadap kanak2 Islam hari ini. mereka kini telah banyak dirosakkan oleh teknologi yg dicipta hari ini. kanak2 kini hidup dalam pelbagai kerosakan ummat dan fitnah dunia. mereka ini perlu dilindungi oleh manusia2 yg sedar akan kerosakan ini. mereka inilah manusia penyambung lidah lidah Rasulullah saw pada masa akan dtg. bak kata saidina umar "bekerja utk kehidupan anak2, bukan utk hidup kita"(lebih kurg begitu lah. saya tak pasti frasa asal.maaf). maka, tanya la diri kita, adakah kita mahu mereka ini menjadi perosak dunia atau penyelamat agama? andai tiada apapun perkara seumpama ini dlm fikiran kita, sedarlah segera dan ketahuilah tenaga anda sgt2 diperlukan oleh kekuatan penyebaran dan kesedaran dalam agama. juga kita harus berhati2 agar kita tidak penjadi penghalang kepada tersebarnya agama dan trutamanya hidayah ALLAH subhanahuwata'ala.

semoga post kali ini bisa membuka fikiran anda dan saya utk lebih berfikir kehadapan menuju redhaNYA. Tahniah dan terima kasih saya ucapakan kpd sahabat2 pejuangan saya yg berusaha bertungkus lumus utk mejayakan program yg julung kali diadakan ini. inshaALLAH, bersama lagi bergandingan akan dtg. moga ALLAH lindungi anak2 ini dan kita smua dari fitnah dunia dan kerosakan ummah hari ini dan moga ALLAH kurniakan hidayah, petunjuk, dan inayah buat anda, saya dan ummah seluruhnya.amin.wallahua'lam

Sunday, November 22, 2009

Yang Maha Memberi itu ALLAH!

nahmaduhu wanusalli a'la rasulihilkareem

Syukur. sesuatu yg sangat manusia ketahui tapi sgt kurang mereka yg memahami(hatta diri saya sendiri). adakah dengan ucapan "alhamdulillah" sudah memadai dan telah dikategorikan sbagai golongan yg bersyukur? barangkali ya dan mugkin juga tidak. kerana sagala isi hati si pengucap hanya diketahui empunya diri dan semestinya ALLAH itu maha Tahu.jadi, adakah rasa syukur itu wujud dari panduan hati dan nurani? Ya. Tapi hati nurani yg bagaimana? diiringi iman atau nafsu? dgn tahu atau faham? Banyak org yg mampu mengucapkan kalimah "alhamdulillah" bila dapat makanan yg banyak atau mungkin wang yg banyak, namun tidak ramai yg punya kekuatan utk berkongsi atau memberi kpd yg lebih memerlukan kerana merasakan segalanya hak ALLAH yg perlu dirasai bersama. Ramai yg mampu menuturkan "terima kasih ALLAH!" bila menyedari hidayah yg diperolehi itu datangnya dari pilihan ALLAH, tetapi berapa ramaikah yg ada kekuatan utk berusaha utk berkongsi hidayah ALLAH tersebut dgn mengunakan segala keringat menyebarkan da'wah? atau pun mungkin merasa sedikit risau ttg ianya perlu disebarkan?

TAHU DAN FAHAM

"saya masih tak faham lagi da'wah" kata seorg ustaz dalam kuliahnya. saya sedikit terkejut dan pelik dgn kenyataan tersebut. Mana tidaknya. Sorg ustaz, yg jelas dan nyata keperibadian dan ilmunya yg tinggi, menyatakan dirinya masih tidak faham apa itu da'wah. lalu ustaz tersebut menerangkan kenyataannya, "org yg betul2 faham akan da'wah ini adalah Rasulullah saw dan para sahabat, meraka faham apa itu da'wah, sbb tu mereka tidak kenal erti penat dan lelah dalam menyebarkan agama, mereka tidak menghadkan masa dan tenaga mereka dalam menyebarkan apa yg seharusnya disebarkan. mereka sentiasa bersedia jiwa dan raga utk berkorban di jalan ALLAH. tidak ada masa langsung utk dunia. hatta utk keluarga dan anak2 juga mereka korbankan. kerana mereka faham apa itu da'wah. mereka meyerahkan diri dan masa mereka utk ALLAH swt". dan setelah itu saya mengerti apa yg ustaz tersebut ingin sampaikan. jadi jelaslah tahu dan faham itu berbeza. sbgai contoh, saya mungkin tahu rakan saya tidak suka diteratawakan, tapi kalau saya tidak faham yg rakan saya tidak suka diteratawakan, boleh jadi saya tetap membuatkan perkara yg dia tidak suka tersebut. na'uzubillah.

FAHAMI ERTI DAN MAKSUD

ahmad(watak rekaan) : mak, amat da xde duit la, nak beli buku. boleh x mak tolong "bank in" kn duit ke dalam bank Amat?

ibu ahmad : baik Amat. nanti mak masukkan mak bgtau Amat ye.

***************************************

setelah ibu ahmad memasukkan duit ke dalam bank seperti yg dikehendaki ahmad, ibunya pun memberitahu ahmad yg semuanya sudah selesai. ahmad yg sdg terlalu memerlukan wang tersebut terus ke "ATM machine" utk mengeluarkan duit.alangkah terkejutnya, nilai wang yg telah ibunya masukkan, lebih dari nilai yg diperlukan. ahmad terus keluarkan wang tersebut dan "mmmuuuuaaahhh!! tenkiu la mesin! ko mmg baik bagi aku duit" ahmad mencium mesin ATM tersebut, lalu beredar.

apakah silapnya si ahmad ni? berterima kasih kepada mesin? salah ke ahmad berterima kasih kpd mesin tersebut? walhal betul apa mesin tersebut yg keluarkan duit tersebut? ya! mmg mesin tersebut yg keluarkan duit tersebut, tapi hakikatnya, ibu ahmad yg bersusah payah mengusahakan duit tersebut, dari titik peluh ibu ahmad lah duit itu diperolehi. lalu dari ibu ahmad lah duit itu dimasukkan ke dalam bank. bank tersebut hanya perantaraan yg menyampaikan atau pemudah urusan utk meberi wang tersebut. jadi, adalah sedikit kurg pintar tindakan ahmad tersebut. Jadi,bagaimana pula dgn rezeki yg kita terima hari ini. adakah kita berterima kasih kepada yg Berhak di "terima kasih" kan? yakinkah kita sedang berterima kasih pada yg sememangnya maha Memberi? sama2 hisab diri kita.

DIA MAHA MEMBERI

ALLAH itu berkuasa kepada segala2nya. Dia yg memberikan sgala2nya. ALLAH memberikan kita apa jua yg kita ada sebelum ini, sekarang dan akan dtg. tiada yg lain yg mampu menandingiNYA. pemberianNya adalah menurut apa yg terbaik utk kita. ALLAH itu tahu apa yg terbaik utk hambaNya dan sebaliknya. Jadi, kita perlu betulkan yakin kita,fahami erti dan maksud, yang memberi itu adalah ALLAH, selain dariNYA hanya lah perantaraan shj. alangkah kurg pintarnya kita jika kita tidak yakin kepada yg sepatutnya, tidak ubah seperti sikap "ahmad" tadi. semoga ALLAH beri anda, saya dan ummah kefahaman, hidayah inayah dan petunjuk sebgai bekalan menghadapi dunia dan akhirat kelak inshaALLAH.dan semoga ALLAH memberi kekuatan kepada anda dan saya utk beramal.amin!wallahu'alam.(^_^)

Thursday, November 12, 2009

Akulah Adiputra


Akulah Adiputra

Melayu tidak pernah lupa
Duduk di tahun satu rasanya tersiksa
Tiada siapa peduli
Tetapi aku bisa bedakan
Ilmu Allah bagi
Dan Ilmu diajar guru
Bermula dengan
ABC
One two three
ا ب ت
Dimana trilion
Dimanakah bilion
Dimana tahfiz alquran
Dimana doa-doa para nabi para wali

untuk apa aku disini
Aku berfikir rasional
Aku berfikir internasional
Pandai aku bijak aku comel aku
Hanya untuk ditonton diuji dan dipuji


Aku malu
Alangkah ruginya mereka
Untuk apa semua ini
dimana mata hati mereka

Hujan darah bertempat
Marah biar bersopan
Kurang ajar biarlah berbudi bahasa

Tersirat mereka tak nampak
Tersurat sahaja mereka lihat
dimana silapnya

Rasullullah memimpin ummah
Hebatnya baginda
Pimpinlah aku
Doakanlah aku

Aku punya cita cita aku punya idola
Barangkali aku kecil mereka hanya ketawa
Allah maha kuasa
Tahfiz Quran itu hebat
Hafaz yasin itu penerang hati
Matematik itu tunjang ilmu

Ayuhbangsaku
Bangunlah
Kita bertemankan islam
Kita penuhkan ilmu di dada
Kita jadikan melayu hebat di persada dunia

Bersamaku Adiputra
Akulah modal insan
Anak melayu jati
Wawasan 2020
Takkan melayu hilang di dunia
Pantang melayu menderhaka pada sultannya

Pemuda harapan bangsa
Pemidi tiang negara
Mengapa bersembunyi diri disebalik ibu pertiwi
Sejengkalpun tanah airkku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata

dinukilkan oleh Adiputra
Subhanallah

::jazakillah kpd Kak Yan atas perkongsian..
::nama saya asrul hadi...lpas ni panggil "adi" lah ye..(^_^)gurau aje...
::sekadar perkongsian buat tatapan dan pembuka fikiran..
wallahua'alam
Related Posts with Thumbnails